Posted on Tuesday, 27th October 2009 by JEPAdmin

Jika Engkau Pergi membawa tuah kepada penyanyi kelahiran Singapura ini apabila dinobatkan sebagai Lagu Asli Terbaik atau Best Original Composition di pertandingan World Championship of Performing Arts, Los Angeles baru-baru ini.
Imran Ajmain berjaya menambat hati juri pada pertandingan itu dengan cara nyanyiannya yang penuh berkarisma. Beliau juga merupakan satu-satunya peserta yang menyampaikan lagu dalam bahasa ibundanya iaitu Bahasa Melayu.
Menurut Imran Ajmain, “Saya adalah peserta tunggal yang membawa lagu dalam bahasa ibunda saya sendiri. Kebanyakan peserta lain menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris. Mungkin itu berjaya memikat hati juri”.
Tambahnya lagi, “Walaupun juri tidak memahami lirik yang disampaikan, namun melodi lagu ini yang begitu indah menjadi daya penarik lantas dinobatkan sebagai juara!”.
